Just for fun

Antara Realiti dan Fantasi dalam dunia yang fana ini....

Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syari’at Islam

samada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam

sekitar. Oleh itu umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku

dalam masyarakat.

Perkara mungkar memang banyak berlaku dalam masyarakat manusia,

lebih-Iebih lagi pada zaman moden ini. Perbuatan samun, merompak dan

membunuh semakin menjadi-jadi. Kes-kes rogol, rasuah, menghisap dadah

dan sebagainya banyak terpapar dalam akhbar setiap masa. Keadaan

seumpama ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa.

Kita harus sama-sama menjauhi kemungkaran kerana kemungkaran itu bukan sahaja mencabul hukum-hukum Allah, malah boleh

menghancurkan sesebuah masyarakat dan Negara. Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan yang jelas tentang cara melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran

laitu:


Mengubah dengan tangan

Bermaksud mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing. Sebagai contoh:

  1. Bapa bertanggungjawab terhadap anaknya.
  2. Guru bertanggungjawab terhadap murid- muridnya.
  3. Ketua kelas bertanggungjawab terhadap rakan-rakan di kelasnya.
  4. Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya.


Mengubah dengan lidah

Bermaksud sekiranya seseorang itu tidak mampu mengubah dengan kuasanya maka hendaklah ia mengubah dengan percakapannya atau lisan, iaitu dengan menegur, memberi nasihat dan bimbingan yang baik. Sekiranya perlu boleh memarahi tetapi dengan cara yang paling baik.


Mengubah dengan hati

Bermaksud sekiranya tidak mampu mengubah dengan lisan, maka hendaklah mengubah dengan hati, iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu.




1 comments:

ni nape ehhhhh ade kimia

Post a Comment